Episod 33 – Tahap Tertinggi, Mencintai Allah

Kita sedang melalui tahap-tahap jalan menuju Allah swt. Satu-satunya jalan untuk mendapat keredhaanNya. Kita tak berhak membuat jalan tetapi kita hanya perlu patuh dan melalui jalan yang ditentukan. Perkongsian di siri video kali ini adalah kupasan tahap keempat iaitu tahap tertinggi menuju Allah iaitu Mencintai Allah swt. Mereka sudah merasai nikmat cinta buta. Buta kepada apa sahaja yang disuruh oleh Allah. Mula-mula korbankan masa, kemudian harta. Hatta, nyawanya juga sanggup. Akhirnya, mereka sanggup mati menemui Allah. Mati adalah syarat untuk bertemu dengan cinta : Allah swt dan Rasulullah saw.

❤️

Kami Perlukan Sumbangan Anda