Episod 38 – Impak Zikir Pada Hati

Zikir yang dihayati dapat membantu kita untuk sabar dan syukur. Nikmat harus disyukuri. Musibah harus dilalui dengan sabar. Kemampuan untuk sabar dan syukur itu memerlukan kepada zikir. Dengan kekuatan zikir, kita dapat memahami kesusahan yang dialami bersifat sementara. Dalam siri video kali ini, dikongsikan 4 impak zikir. Pertama, akan menimbulkan rasa kehambaan kepada Allah. Kedua, akan menghidupkan rasa bertuhan. Ketiga, akan memahami rahsia takdir Allah. Keempat, akan merasai hikmah yang tersirat. Terus ikuti perkongsian kali ini untuk benar-benar merasai impak zikir pada hati.

❤️

Kami Perlukan Sumbangan Anda