Episod 26 – Bekerja Untuk Memberi Bukan Menerima

Bagaimana orang bersyukur itu bekerja? Mereka bekerja untuk memberi bukan menerima. Dalam siri video kali ini ada dikongsikan 3 contoh praktikal individu yang bekerja dengan 3 keadaan berbeza. Muka masam, muka biasa dan muka ceria. Mari kita bekerja atas rasa bersyukur. Kerana orang yang bersyukur ada iman didalam hatinya. Bila ada iman di hati akan ada kasih sayang. Bila ada kasih sayang kita akan memberi dengan gembira. Bila memberi dengan gembira bukan sahaja orang yang menerima akan gembira, tetapi kita yang memberi akan terlebih dahulu gembira.

Kami Sangat Hargai Sokongan Anda