Episod 34 – Solat Bekalan Hidup

70

Kita ini milik Allah dan akan kembali kepada Allah. Kita menjalani hidup didunia ini sebagai musafir. Sebagai musafir dalam perjalanan yang mencabar ini kita perlukan bekalan. Sebaik baik bekalan adalah taqwa untuk sentiasa berhati-hati mengikut perintah Allah dan tinggalkan larangan Allah. Perkara yang paling perlu dijaga selepas Iman adalah Solat. Ujian hidup ini memenatkan dan solatlah tempat hati berehat. Waktu solat kita letakkan fikiran kita ke bawah. Dalam hidup jangan hanya bergantung kepada fikir tetapi hendaklah kita zikir supaya hati sentiasa terhubung dengan Allah. Terus ikuti perkongsian untuk jadikan solat bekalan hidup.

Kami Sangat Hargai Sokongan Anda

Aplikasi Iyyaka sebagai wasilah mendekatkan diri kepada Allah melalui teknologi demi meraih Rahmat dan Redha Allah swt.