Episod 36 – Langkah-Langkah Menuju Khusyuk

79

Khusyuk itu umpama nyawa kepada solat kita. Tanpa khusyuk solat kita umpama bangkai. Sudah tentu kita tidak mahu persembahkan bangkai kepada Allah swt. Nauzubillahi minzalik (Kami berlindung kepada Allah daripada perkara buruk tersebut). Terdapat 6 langkah menuju khusyuk dikongsikan didalam siri video ini dan disertakan juga 6 tips tambahan untuk mencapai khusyuk. Semoga dengannya, dapat kita jadikan solat bekalan hidup didunia dan lebih lagi bekalan hidup abadi di akhirat.

Kami Sangat Hargai Sokongan Anda

Aplikasi Iyyaka sebagai wasilah mendekatkan diri kepada Allah melalui teknologi demi meraih Rahmat dan Redha Allah swt.