Episod 37 – Zikir Pendorong Hidup

Kita sudah ada bekalan hidup dalam perjalanan menuju Allah iaitu solat. Tetapi dalam perjalanan tersebut sudah tentu kita akan menempuh pelbagai hambatan, halangan dan ujian. Bagaimana kita ingin terus bergerak kehadapan, walau jatuh, tapi tak terus jatuh, malah akan bangkit semula? Disinilah perlunya pendorong dalam hidup iaitu zikir mengingati Allah swt. Zikir paling agung adalah solat dan ada juga amalan zikir lain yang boleh membuahkan ketenangan menyebabkan hati sentiasa dekat dengan Allah. Ikuti siri video kali ini untuk merasakan zikir adalah satu pendorong dan didikan hati dari Allah swt.

Kami Sangat Hargai Sokongan Anda