AL QURAN – Nasihat, Penawar, Petunjuk dan Rahmat dari Tuhanmu.

Adakalanya, bila hati dirundung malang, jiwa dan fikiran jadi buntu. Bila apa yang hendak dicapai tidak menjadi, jiwa jadi hampa, kecewa dan putus asa. Hati bagaikan tubuh sakit yang tidak bermaya. Bercelaru dengan pelbagai langkah yang tidak pasti untuk dituruti. Jiwa bagaikan ruang kosong yang tidak bererti. Terasa tiada tempat untuk berpaut. Kerana itulah, jiwa […]

Adakalanya, bila hati dirundung malang, jiwa dan fikiran jadi buntu.

Bila apa yang hendak dicapai tidak menjadi, jiwa jadi hampa, kecewa dan putus asa.

Hati bagaikan tubuh sakit yang tidak bermaya. Bercelaru dengan pelbagai langkah yang tidak pasti untuk dituruti.

Jiwa bagaikan ruang kosong yang tidak bererti. Terasa tiada tempat untuk berpaut.

Kerana itulah, jiwa manusia sentiasa perlukan nasihat yang melapangkan dada. Perlukan penyembuhan untuk menyegarkannya semula. Juga, petunjuk yang memandu kehidupan. Serta sentuhan kasih sayang yang menghangatkan kekuatan perasaan.

Wahai jiwa, Tuhan mu amat mengerti keperluan dan rintihanmu itu.

Firman Allah ‘Azza wa Jalla, iaitu Tuhanmu Yang Maha Mengetahui,

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ‎﴿يونس: ٥٧﴾‏

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi NASIHAT pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi PENAWAR bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah PETUNJUK untuk keselamatan, serta membawa RAHMAT  bagi orang-orang yang beriman. (57)

Yunus: 57

Al Quran mengandungi NASIHAT,

PENAWAR, PETUNJUK dan RAHMAT.

Justeru, terimalah Al Quran dan dampingilah ia dengan sepenuh hati mu agar terisi jiwamu dengan sentuhan rahmat kasih sayang Allah, Tuhanmu.

ABi

Kami Sangat Hargai Sokongan Anda