Mengenal diri dan keperluan hidup demi kehidupan yang sebenar

Manusia selalu terlalu fokus pada tubuh badannya. Apa keperluan makan minumnya. Kesihatan tubuhnya. Kecantikan dan ketampanannya. Namun, manusia sering lupa dan leka, bahawa dalam dirinya ada RUH yang menjadi hakikat […]

Manusia selalu terlalu fokus pada tubuh badannya. Apa keperluan makan minumnya. Kesihatan tubuhnya. Kecantikan dan ketampanannya.

Namun, manusia sering lupa dan leka, bahawa dalam dirinya ada RUH yang menjadi hakikat sebenar dirinya. 

ثُمَّ سَوَّاهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ ‎﴿السجدة: ٩﴾‏

Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur. 

(As Sajadah: 9)

Ruh perlukan bekalan ilmu dan amalan ibadat untuk perkuatkannya.

Dalam dirinya ada AQAL yang boleh memandu hidupnya dan membezakan antara baik dan buruk. Juga untuk memahami petunjuk Allah ‘Azza wa Jalla .

كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ ‎﴿البقرة: ٢٤٢﴾‏

Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum-Nya) supaya kamu memahaminya. 

(Al Baqarah: 242)

Aqal perlukan ilmu dan petunjuk dari sumber wahyu langit untuk memimpinnya.

Juga, ada dalam dirinya ialah HATI, yang menjadi raja yang memerintah seluruh anggotanya. 

أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

“Dan ketahuilah, bahawa pada setiap tubuh itu, ada segumpal daging yang apabila baik, maka baiklah seluruh tubuh tersebut. Namun, apabila rosak, maka rosaklah seluruh tubuh tersebut. Ketahuilah, bahwasanya itu adalah hati.”

(HR Bukhari, 50)

Hati perlukan ilmu, hidayat, iman dan taqwa untuk jadikannya tulus dan sejahtera.

Dan ada juga dalam dirinya juga ialah NAFSU yang sentiasa mahukan berbagai keinginan.

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

 ‎﴿آل عمران: ١٤﴾‏

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).

(Ali ‘Imran: 14)

إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ ‎﴿يوسف: ٥٣﴾‏

sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan

(Yusuf: 53)

Nafsu perlukan tazkiyyah penyucian dan kekangan mujahadah untuk tundukkannya pada pengabdian kepada Allah ‘Azza wa Jalla.

Justeru, kenalilah dirimu yang sebenar dan usahakanlah keperluan sebenar untuk dirimu itu. Kejahilan dan kealpaan terhadap dirimu, akan benar-benar membinasakan kehidupanmu di dunia dan akhirat. 

ABi

Kami Sangat Hargai Sokongan Anda