Pendekatan Dan Wasilah Rawatan Syifa’ Al Quran Untuk Penyakit-Penyakit Hati (2)

Imam Ibnu Qayyim Al Jauziyyah berkata ,

القرآن كله شفاء

Al Quran keseluruhannya adalah penawar

( Zaadul Ma’ad )

Pendekatan Al Quran yang paling asas dalam merawat penyakit-penyakit hati ialah melalui :

a) Memasakkan  keyakinan dan pegangan tauhid tentang Allah sebagai ilah (اله ) iaitu Tuhan yang disembah ) dan rabb (رب) iaitu Tuhan Pencipta dan Pentadbir Alam. Seterusnya menyuburkan keimanan dan ketaqwaan di dalam hati.
b) Menghilangkan kejahilan dan penyimpangan, serta menambah hidayat petunjuk dan taufiq bimbingan Ilahi melalui tuntutan menuntut ilmu yang bermanfaat (العلم النافع).
c) Mencegah amalan yang boleh membawa kepada dosa seperti kemaksiatan, kefasikandan kemungkaran.
d) Menghapuskan dosa (kaffarah) melalui amalan-amalan tertentu seperti solat, puasa dan seumpamanya.
e) Mendidik dan mengekang keinginan hawa nafsu iaitu proses mujahadah an nafs bagi tujuan takhalli iaitu pembersihan dari kotoran dan sifat-sifat mazmumah.
f) Mengasuh sifat ikhlas serta menghakis segala penyakit yang merosakkan ikhlas dalam hati riyadhah an nafs bagi tahalli iaitu menghiasi hati dengan sifat-sifat kemuliaan dan terpuji.
g) Memberi amaran supaya berhati-hati dengan kelazatan dunia supaya tidak hanyut dengan kelazatannya.
h) Mengisytiharkan permusuhan terhadap syaitan dan mendidik isti’azah kepada Allah dari gangguan syaitan bagi tujuan menutup pitu-pintu kesesatan.
i) Menekankan kewajipan pemakanan dan kehidupan bersumberkan yang halal dan baik.

Justeru, di antara wasilah-wasilah utama dalam merawat hati ialah:

(a) Menanam dan Menyuburkan Keimanan melalui didikan mentauhidkan Allah sebagai Tuhan Pencipta dan Pentadbir Alam dan Tuhan yang berhak disembah. Seseorang Muslim itu perlu menyerahkankan dirinya sepenuhnya kepada Allah kerana Dialah yang telah menciptanya dan mengatur kehidupannya. Ini adalah agar hakikat ikhlas dalam tauhid dan ikhlas dalam ibadah dapat dicapai.

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿الفاتحة: ٥﴾

“Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.”

Al Fatihah :5

وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا ﴿٨﴾ رَّبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيلًا﴿٩﴾ ﴿المزمل: ٨ ٩﴾

“Dan beribadatlah kepadaNya dengan penuh ketekunan. (Dialah Tuhan timur dan barat, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, maka ambillah Dia sebagai pelindung.”

Al Muzzammil : 8-9

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا ﴿الكهف: ١١٠﴾

Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: “Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa”. Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya”.

Al Kahfi : 110

قال ابن القيم : فالهدى والتوحيد من أعظم أسباب شرح الصدر والشرك والضلال من أسباب ضِيق الصدر وانحراجه.

زاد المعاد ٢٤/٢

Ibnul Qoyyim berkata:

“Petunjuk dan tauhid merupakan faktor penyebab yang paling besar untuk melapangkan dada. Sebaliknya, syirik dan kesesatan adalah faktor penyebab sempitnya hati dan penyimpangannya.”

(Zâdul Ma’âd 2/24)

Juga keyakinan bahawa Dialah Allah, As Syafi (الشافي) iaitu Yang Maha Penyembuh Segala Penyakit

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَاسَ ، اشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِى ، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

Ya Allâh, Rabb (pencipta dan pelindung) semua manusia, hilangkanlah penyakit ini dan sembuhkanlah, Engkau adalah asy-Syâfi (Yang Maha Penyembuh), tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (dari)-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit (lain)

HR. al-Bukhâri no. 5311 dan Muslim no. 2191

Apabila seorang Muslim beriman dan yakin bahawa Allah yang menjadi sumber segala-galanya dalam hidupnya, maka penyakit-penyakit syubhat akan terhapus dari hati.  Hati yang dikuasai iman akan sentiasa bertindak membenci dan memerangi perkara-perkara yang boleh membawa dosa seperti kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan.

وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ أُولَـٰئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ

﴿الحجرات: ٧﴾

Tetapi Allah menjadikan kamu “cinta” kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus,

Al Hujurat: 7

وَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿التغابن: ١١﴾

Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepadahatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

At Taghabun :11

Keimanan juga akan membuahkan amal saleh serta menghapuskan dosa kesalahan-kesalahan.

وَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ وَيَعْمَلْ صَالِحًا يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ

Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan beramal saleh, niscaya Allah akanmenutupi kesalahan-kesalahannya

At Thalaq: 9

(b) Ketaqwaan dengan melakukan ketaatan dan meninggalkan larangan

Iaitu sentiasa patuh dan taat pada suruhan Allah ta’ala serta menjauhi diri daripada segala maksiat dan dosa yang dilarang oleh Allah ta’ala. Hati yang dipenuhi petunjuk Allah akan menyuburkan ketaqwaan. Kemuncak natijahnya dapat dilihat pada ketundukan dan kerendahn diri dalam ibadah.

وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ ﴿محمد: ١٧﴾

Dan orang-orang yang mahu menerima petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada merekadan memberikan balasan ketaqwaannya.

Muhammad : 17

Ketaqwaan juga menghapuskan dosa kesalahan.

وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُعْظِمْ لَهُ أَجْرًا ﴿الطلاق: ٥﴾

Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahala baginya.

At Thalaq : 5

Ketaqwaan akan menjuruskan  kepada amalan-amalan ketaatan dan kebaikan yang membuahkan kemuliaan dalan hati sekali gus menghapuskan kotoran dan penyakit-penyakitdalam hati.

إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّاكِرِينَ

Sesungguhnya perbuatan-perbuatan baik itu menghapus kesalahan-kesalahan. Itulahperingatan bagi orang-orang yang selalu mengingat (Allah)”

Hud: 114

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

اتق الله حيثما كنت ، وأتبع السيئة الحسنة تمحها، وخالق الناس بخلق حسن

Bertaqwalah kepada Allah di manapun anda berada. Iringilah perbuatan dosa dengan amal kebaikan, karena kebaikan itu dapat menghapusnya. Serta bergaulah dengan orang lain dengan akhlak yang baik”

(HR. Ahmad 21354, Tirmidzi 1987)

(c) Ilmu

Bagi penyakit hati, Al Quran menyediakan penawar di mana ia datang dengan membawacahaya kebenaran dengan keterangan berupa petunjuk ilmu yang dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Ianya merupakan penawar paling berkesan bagi  menghilangkansegala syirik dan kotoran kekufuran serta penyakit syubhat dan syahwat yang berada dalamhati.

قدْ جَاءَكُم مِّنَ اللَّـهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُّبِينٌ ﴿١٥﴾ يَهْدِي بِهِ اللَّـهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ وَيُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ ﴿١٦﴾

Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan.Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalankeselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelapgulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka kejalan yang lurus.

Al Maidah :15-16

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ﴿البقرة: ١٨٥﴾

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnyaditurunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasanmengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil).

Al Baqarah : 185

Imam Ibnu Katsir mentafsirkan ( وبينات من الهدى ) sebagai dalil dan hujjah yang nyata dan jelas bagi orang yang memahami dan memperhatikannya. Hal ini menunjukkan kebenaranajaran yang dibawanya, berupa petunjuk yang menentang kesesatan dan bimbingan yang melawan penyimpangan, serta pembeda antara yang hak dan yang batil, yang halal dan yang haram.

Oleh kerana itulah, ilmu Al Quran dianggap sebagai sebaik-baik ilmu untuk dipelajari.

‏خيركم من تعلم القرآن وعلمه‏”‏ ‏ (‏‏رواه البخاري‏)‏‏‏.

Sebaik-baik kamu ialah yang mempelajari AL Quran dan mengajarkannya

HR Bukhari, 4639

قال ابن القيم :فكلما اتسع علمُ العبد انشرح صدره واتسع وليس هذا لكل علم بل للعلم الموروث عن الرسول ﷺ .

زاد المعاد ٢٤/٢

Ibnul Qayyim berkata:

Setiap kali Ilmu seorang hamba itu bertambah luas, maka akan semakin lapang dan luaspula dadanya. Akan tetapi hal ini tidaklah berlaku untuk setiap ilmu, namun hanya berlakuuntuk ilmu yang diwariskan dari Rasul

(Zâdul Ma’âd 2/24)

Al Imam Ghazali mentakrifkan ilmu yang bermanfaat  sebagai :

العلم النافع هو ما يزيد في خوفك من االله تعالى، ويزيد في بصيرتك بعيوب نفسك، ويزيد في معرفتك بعبادة ربك، ويقلل من رغبتك في الدنيا، ويزيد في رغبتك فني الآخرة، ويفتح بصيرتك بآفات أعمالك حتى تحترز منها، ويطلعك على مكايد الشيطان وغروره،

“Ilmu yang memberi manfaat itu ialah ilmu yang menambah takut dirimu kepada Allah dan menambah penglihatanmu terhadap aib dirimu dan menambah makrifatmu dalam engkau beribadat akan Tuhan dan menyedikitkan kegemaranmu terhadap negeri dunia dan menambah kegemaranmu terhadap negeri akhirat dan membukakan pintu hatimu untuk mengenali bermacam-macam penyakit amalanmu sehingga engkau dapat menjauhinya.danmenambah pengetahuanmu terhadap tipu helah syaitan dan penipuannya sehingga engkau arif dengan kehalusan penipuan syaitan.”

( Imam Ghazali, Bidayatul Hidayah )

Dengan ilmu, pintu-pintu hidayah terbuka luas dan pintu-pintu kesesatan dipersempitkan agar kotoran dan penyakit-penyakit tidak berkembang subur di dalam hati.

Kami Sangat Hargai Sokongan Anda