Pendekatan Dan Wasilah Rawatan Syifa’ Al Quran Untuk Penyakit-Penyakit Hati (4)

(f) Taubat dan istighfar

Seseorang yang mempunyai pelbagai penyakit hati juga perlu sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah kerana taubat itu adalah wasilah penting dalam rawatan pemulihan hati dan jiwa seseorang manusia apabila dia berdosa.

Firman Allah ‘azza wa jalla :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّـهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan “Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,

(Surah al-Tahrim: 8)

Ibn Kathir berkata: Iaitu taubat yang sebenarnya dengan tekad yang penuh, yang dapat menghapuskan pelbagai keburukan yang pernah ada sebelumnya, yang akan menyatukan dan mengumpulkan orang yang bertaubat, juga menahan dirinya daripada pelbagai perbuatan hina.

وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُم مَّتَاعًا حَسَنًا إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ

Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu;

(Surah Hud: 3)

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ

“Dan orang-orang yang, apabila berbuat keji atau menganiaya diri sendiri, mengingat Allah lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka. Siapa lagi yang dapat mengampuni dosa, kecuali Allah?.”

Ali ‘Imran: 135

وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا.

“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, (tetapi) kemudian memohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

An-Nisa`: 110

Memohon keampunan dan bertaubat sangat dituntut kepada orang beriman kerana ianya merupakan kunci kepada pembersihan hati dan jalan untuk mendekatkan diri pada Allah untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا أَذْنَبَ كَانَتْ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ فِي قَلْبِهِ فَإِنْ تَابَ وَنَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ صُقِلَ قَلْبُهُ

“Jika seseorang melakukan sebuah dosa, dititiklah satu titik hitam pada hatinya. Jika dia bertaubat, berhenti (melakukan dosa), lalu beristighfar, hatinya akan kembali bersih.

HR Ahmad, At-Tirmizi, An-Nasa`i, Ibnu Majah, dan selainnya

عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( التائب من الذنب كمن لا ذنب له )

(رواه ابن ماجة 4240)

Daripada Ibnu Mas’ud RA bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :  “Seorang yang bertaubat dari dosa bagaikan seorang yang tidak berdosa”.

HR Ibnu Majah,4240

(g) Tilawah, tadabbur dan tazakkur Al Quran

Al Quran sejak awal penurunannya adalah untuk dibaca dan difahami. Ianya menjadi satu kekuatan dalam dakwah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Di awal dakwah Baginda, telah diturunkan perintah ( اقراء ) dan ( ورتل القرآن ترتيلا).

Sehubungan dengan ayat ( ورتل القرآن ترتيلا ) dalam surah Al Muzzammil, Imam Ibnu Katsir menyebut,

“bacalah al-Qur’an dengan perlahan, sebab hal itu akan membantu dalam memahami dan merenunginya”

Ini bereti membaca Al Quran adalah wasilah penting dalam membawa hidayat petunjuk dan menyuburkan keimanan dalam hati.

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّـهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ ﴿الأنفال: ٢﴾

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.

Al Anfal : 2

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴿ص: ٢٩﴾

Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.

Shaad : 29

Tilawah, tadabbur dan tazakkur Al Quran mempunyai kesan yang besar terhadap hati dalam menyuburkan keimanan dan merawat penyakit-penyakit hati. Isi kandungan Al Quran yang mengandungi pelbagai petunjuk dan panduan hidup samaada dalam persoalan aqidah tauhid atau syariat hidup, juga kisah-kisah para nabi terdahulu dan perkhabaran tentang kehidupan akhirat, semuanya itu apabila dibaca, difahami, direnung pengertian dan hikmahnya serta diambil pengajaran akan membuahkan keinsafan, kesedaran dan keyakinan yang mutlak dalam hati manusia.

Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Mas’ud RA Nabi sallallahu ‘alahi wa sallam bersabda:

إِنَّ هٰذَا الْقُرْآنَ مَأْدُبَةُ اللهِ فَتَعَلَّمُوْا مَأْدُبَةَ اللهِ مَااسْتَطَعْـتُمْ. إِنَّ هٰذَاالْقُرْآنَ حَبْلُ اللهِ الْمَتِيْنِ وَنُوْرٌ مُبِيْنٌ وَشِفَاءٌ نَافِعٌ وَعِصْمَةٌ لِمَنْ تَمَسَّكَ بِهِ وَمَنْجَاةٌ لِمَنِ اتَّبَعَهُ لاَيَعْوَجُ فَيُقَوَّمُ وَلاَيَزِيْغُ فَيَسْتَعْـتِبَ وَلاَتَنْقَضِى  عَجَائِـبُهُ وَلَمْ يَخْلَقْ عَنْ كَثْرَةِ التِّرْدَادِ أُتْلُوْهُ فَإِنَّ اللهَ تَعَالىَ يَأْجُرُكُمْ عَلَى تِلاَوَتِهِ بِكُلِّ حَرْفٍ عَشْرُ حَسَـنَاتٍ أَمَا إِنِّيْ لاَأَقُوْلُ آلمۤ عَشَرَةٌ وَلـٰـكِنَّ  اْلأَلِفَ عَشَرَةٌ وَاللاَّمَ عَشَرَةٌ وَالْمِيْمَ عَشَرَةٌ

(رواه الدارمي 3173)

“Al-Quran ini adakah hidangan Allah.Oleh itu hadaplah hidangan Allah ini sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan penawar yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutnya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang. Bacalah kerana Allah, kerana ia akan memberikan kamu ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran. Saya tidak katakan Alam Laam Miim sebagai satu huruf tetapi alif (1 huruf) dan Laam (1 huruf) dan Miim (1 huruf).”

HR Ad Darimi,3173

قال ابن القيم : وأنفع الأغذية غذاء الإيمان وأنفع الأدوية دواء القرآن وكل منهما فيه الغذاء والدواء

(إغاثة اللهفان ٧٠/١)

Ibnul Qayyim berkata :

“Hidangan yang paling bermanfaat adalah hidangan keimanan. Dan penawar yang paling mujarab adalah penawar Al-Quran. Serta pada setiap kedua hal tersebut terdapat hidangan dan obat.”

( Ighâtsatul Lahafân 1/70 )

(h) Ar-Ruqiyyah (doa penyembuh)

Al Quran mempunyai banyak nama, diantaranya Al Kitab, Al Huda, Al Furqan, Asy Syifa’, dan lain-lain. Al Quran  dinamai sebagai  Asy Syifa’ artinya Al Quran sebagai penyembuhan atau penawar.

Imam Ibnul Jauzi berkata dalam mentafsirkan ayat

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا ﴿٨٢﴾

Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

Al Isra’ :82

“فجميع القرآن شفاء.وفي هذا الشفاء ثلاثة أقوال: أحدها: شفاء من الضلال، لما فيه من الهدى. والثاني: شفاء من السَّقم، لما فيه من البركة. والثالث: شفاء من البيان للفرائض والأحكام.”

Keseluruhan Al Quran itu ialah penawar. Penawar kesembuhan yang dikandung Al Quran ada tiga macam. Pertama, kesembuhan dari kesesatan kerana di dalamnya ada petunjuk. Kedua, kesembuhan dari penyakit kerana di dalamnya sarat keberkatan. Ketiga, kesembuhan dari kebodohan kerana di dalamnya banyak penjelasan tentang kewajiban dan hukum”

(Kitab Tafsir Zadul Masir: 3/ 49).

Imam al-Nawawi berkata: Sunat membaca kepada orang yang sakit dengan al-Fatihah berdasarkan hadith Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam :

وَمَا أَدْرَاكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ ؟

“Tidakkah kamu ketahui bahawa surah Fatihah bersifat ruqyah.”

Riwayat al-Bukhari (5736) dan Muslim (2201)

Firman Allah ta’ala,

وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ نَزۡغ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِۖ

Dan jika setan mengganggumu dengan suatu gangguan, mohonlah perlindungan kepada Allah.”

Fushshilat: 36

Hadis Uqbah bin ‘Amir al Juhani Radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

بَيْنَا أَنَا أَقُوْدُ بِرَسُوْلِ اللهِ رَاحِلَتَهُ فِي غَزْوَةٍ، إِذْ قَالَ: ((يَا عُقْبَةُ، قُلْ!))، فَاسْتَمَعْتُ، ثُمَّ قَالَ: ((يَا عُقْبَةُ، قُلْ!))، فَاسْتَمَعْتُ، فَقَالَهَا الثَّالِثَةَ، فَقُلْتُ: مَا أَقُوْلُ؟ فَقَالَ: قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ فَقَرَأَ السُّوْرَةَ حَتَّى خَتَمَهَا، ثُمَّ قَرَأَ قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ الفَلَقِ، وَقَرَأْتُ مَعَهُ حَتَّى خَتَمَهَا، ثُمَّ قَرَأَ قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ، فَقَرَأْتُ مَعَهُ حَتَّى خَتَمَهَا، ثُمَّ قَالَ: ((مَا تَعَوَّذَ بِمِثْلِهِنَّ أَحَدٌ)).

(رواه النساءي 5335)

“Tatkala aku menuntun kendaraan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sebuah peperangan, tiba-tiba beliau berkata: “Wahai Uqbah, katakan,” aku pun mendengarkan, kemudian beliau berkata (lagi): “Wahai Uqbah, katakan,” aku pun mendengarkan. Dan beliau mengatakannya sampai tiga kali, lalu aku bertanya: “Apa yang aku katakan?” Beliau pun bersabda: “Katakan قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ, lalu beliau membacanya sampai selesai. Kemudian beliau membaca قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّالفَلَقِ, aku pun membacanya bersamanya hingga selesai. Kemudian beliau membaca قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ, aku pun membacanya bersamanya hingga selesai. Kemudian beliau bersabda: “Tidak ada seorang pun yang berlindung (dari segala keburukan) seperti orang orang yang berlindung dengannya (tiga surat) tersebut”.

HR Nasa’ei , 5335

‘Aisyah radhiyallahu ‘anha  berkata,

أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يَنْفُثُ عَلَى نَفْسِهِ فِى الْمَرَضِ الَّذِى مَاتَ فِيهِ بِالْمُعَوِّذَاتِ ، فَلَمَّا ثَقُلَ كُنْتُ أَنْفِثُ عَلَيْهِ بِهِنَّ ، وَأَمْسَحُ بِيَدِ نَفْسِهِ لِبَرَكَتِهَا .

”Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam meniupkan kepada dirinya (bacaan) mu’awwidzatain (yaitu surat Al-Falaq dan An-Naas, pent.) ketika sakit yang menyebabkan beliau meninggal dunia. Ketika beliau sudah lemah, maka saya meniupkan (bacaan) mu’awwidzatain untuknya dan saya mengusap dengan menggunakan tangan beliau, karena mengharapkan berkahnya.”

  1. Bukhari, 5294

Begitu juga dengan Ayat Kursi sebagai ayat Al Quran yang paling agung, yang memiliki kemuliaan dan kelebihan tersendiri dalam memelihara sipembacanya.

Di antara dalil yang menunjukkan keutamaan membaca Ayat Kursi, iaitu hadis Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, ia berkata: “Rasulullah menugaskan kepadaku untuk menjaga zakat di bulan Ramadhan. Kemudian seseorang datang kepadaku dan mencuri dari makanan (zakat) ….” Di akhir hadis, pencuri itu berkata: “Bila engkau hendak tidur, maka bacalah ‘Ayat Kursi’ kerana penjagaan dari Allah akan terus bersamamu dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai Subuh”. Kemudian Nabi berkata: “Ia telah berkata benar kepadamu, walau ia pendusta. Ia adalah syaitan.” (HR al-Bukhâri, 2311)

إِذَا قَرَأَتْهَا غُدْوَةً أُجِرَتْ مِنَّا حَتَّى تُمْسِيَ ، وَإِذَا قَرَأَتْهَا حِيْنَ تُمْسِي أُجِرَتْ مِنَّا حَتَّى تُصْبِحَ

“Siapa yang membacanya ketika petang, maka ia akan dilindungi (oleh Allah dari berbagai gangguan) hingga pagi. Siapa yang membacanya ketika pagi, maka ia akan dilindungi hingga petang.”

  1. Al Hakim 1/562

Justeru, pendekatan dan wasilah Al Quran dalam membantu merawat dan menyembuhkan hati yang sakit dan berpenyakit dapat disimpulkan seperti berikut :

Penyakit Syubhat

  1. Kekufuran
  2. Syirik
  3. Nifaq
  4. Syak

Dilakukan melalui wasilah ilmu, didikan ikhlas dalam tauhid dan penyuburan keimanan.

Penyakit Syahwat

  1. Takabbur, melalui didikan ilmu, ikhlas dalam tauhid dan ibadah, syukur kepada Allah, khusyu’ dan tawadhu’ dalam ibadah.
  2. Hasad , melalui didikan ilmu, ikhlas dalam tauhid dan ibadah, syukur kepada Allah, khusyu’ dan tawadhu’ dalam ibadah.
  3. Bakhil, melalui didikan ilmu untuk mengenali hakikat dunia, bersyukur kepada Allah dan asuhan iman untuk cendrung dengan kehidupan akhirat.
  4. Riya’, melalui didikan ilmu, ikhlas dalam ibadah.
  5. ‘Ujub, melalui didikan ilmu, ikhlas dalam ibadah
  6. Marah, melalui didikan ilmu untuk mengenali hakikat dunia, bersyukur kepada nikmat Allah dan asuhan iman untuk cenderung dengan kehidupan akhirat

7.Hubbud dunya, Hubbul Mal dan Hubbul Riaasah, melalui didikan ilmu untuk mengenali hakikat dunia, bersyukur kepada nikmat Allah dan asuhan iman untuk cenderung dengan kehidupan akhirat.

Kesimpulannya, apabila Al Quran dapat menyembuh penyakit-penyakit hati yang dihidapi oleh manusia, hati akan menjadi normal dan ia kembali kepada fitrah asalnya dan membuahkan  amal dan perilaku yang baik.

Ini dapat difahami dari ayat ( اهدنا الصراط المستقيم ) dalam surah Al Fatihah yang dibaca setiap hari dalam solat yang mana dengan petunjuk hidayat Allah lah seluruh kehidupan manusia yang berpusat pada hati itu dapat terpimpin kembali kepada fitrah tauhid yang bersih dari segala kotoran dan penyakit-penyakit yang membinasakan. Ini bermakna hati ketika itu telah mendapat makanan iman dan hidayat daripada Al Quran yang membersihkannya, memandunya. menguatkannya, membahagiakannya, mententeramkannya, serta mengukuhkan penguasaannya dalam kehidupan seorang hamba.

Hatinya ketika itu telah menjadi Hati Yang Sejahtera ( قلب سليم  ). Dan bersedia untuk kembali kepada Tuhannya dalam keadaan membawa jiwa yang  tenang dan tenteram ( النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ) .

يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ ﴿٨٨﴾ إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّـهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ ﴿٨٩﴾ ﴿الشعراء: ٨٨- ٨٩﴾

(yaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih sejahtera.

As Syua’ara : 88-89

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾

﴿الفجر: ٢٧ -٣٠﴾

Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam surga-Ku.

Al Fajr : 27-30

Wallahu a’lam.

Kami Sangat Hargai Sokongan Anda