Ramadhan Sebagai Perawat Jiwa Mukmin

Pengertian JIWA

4 komponen utama yang membentuk JIWA manusia:

1. Ar Ruh (  الروح )

ثُمَّ سَوَّاهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ ﴿السجدة: ٩﴾

Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

(As Sajadah: 9)

Dengan roh, segala kemampuan manusia seperti mendengar, melihat, berfikir dan yang lainnya diaktifkan.

2. An Nafs ( النفس )

Apabila roh ditiup masuk ke dalam jasad manusia, maka terbentuklah nafsu yang menginginkan pelbagai kemahuan untuk jasad manusia.

 وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا ﴿٧﴾   ﴿الشمس: ٧﴾

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); 

(As Syams : 7)

3. Al Qalb ( القلب )

أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ 

Dan ketahuilah pada setiap tubuh ada segumpal darah yang apabila baik maka baiklah tubuh tersebut dan apabila rusak maka rusaklah tubuh tersebut. Ketahuilah, ia adalah hati.

(HR Bukhari, 50)

Hati menjadi pusat diri manusia, yang terisi dengan pelbagai kebaikan seperti hidayah, ilmu, keyakinan, keimanan, ketaqwaan, sifat-sifat mahmudah dan lainnya. Atau pun hati juga terisi dengan segala kejahatan dan keburukan seperti kesesatan, kejahilan, kufur, syirik, nifaq, sifat-sifat mazmumah dan yang lainnya.

Imam Al Ghazali mensifatkan hati sebagai :

ملِكٌ مُطاعٌ ورَئيسٌ مُتَّبَع 

“Raja yang ditaati, pemimpin yang diikuti “.

4. Al ‘Aql ( العقل )

لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ  ﴿البقرة: ١٦٤﴾

sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

(Al Baqarah : 164)

Aqal menjadi alat penting dalam diri manusia dalam membezakan antara dan buruk. Juga dalam mengenal tanda-tanda kebesaran dan keesaan Allah ta’ala yang ad pada ciptaan langit dan bumi. Juga memahami syariat yang berupa perintah dan larangan Allah ta’ala dan panduan hidup yang terdapat dalam Al Quran dan Sunnah Ar Rasul ‎ﷺ .

Kenapa perlukan rawatan?

مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ

Tidak ada seorang anak pun yang terlahir kecuali dia dilahirkan dalam keadaan fithrah. Maka kemudian kedua orang tuanyalah yang akan menjadikan anak itu menjadi Yahudi, Nashrani atau Majusi

(HR Bukhari, 1271)

Fitrah yang berupa makrifah ( kenal Allah ) dan syahadah ( persaksian ) yang telah ada dalam roh manusia di alam arwah, boleh dipengaruhi dan dirosakkan oleh persekitaran hidupnya samaada ibubapanya, kawan-kawan, pendidikan, pergaulan dan sebagainya.

Tambah bila ianya dioengaruhi oleh nafsu.

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿يوسف: ٥٣﴾

Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(Yusuf: 53)

Kecenderungan nafsu kepada syahwat, yang tidak terkendali  oleh hati, sering membawa kerosakan dan menjadikan hati menjadi berpenyakit.

فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ  ﴿البقرة: ١٠﴾

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

(Al Baqarah : 10)

Hati sering dirosakkan oleh penyakit-penyakit syubhat seperti kejahilan, kesesatan, keraguan, syirik, kufur dan seumpamanya.

Juga oleh penyakit-penyakit syahwat seperti kufur nikmat, takabbur, hasad, riya’, ‘ujub dan seumpamanya.

إِنَّ شَرَّ الدَّوَابِّ عِندَ اللَّهِ الصُّمُّ الْبُكْمُ الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ  ﴿الأنفال: ٢٢﴾

Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).

(Al Anfal : 22)

Biar pun, aqal adalah alat yang baik dalam diri manusia, ianya perlu diisi dan dipandu oleh ilmu dan hidayah. Tanpanya aqal tidak dapat dimanfaat dan digunakan oleh manusia.

Rawatan untuk JIWA MUKMIN

Rawatan utama untuk manusia ialah ISLAM, IMAN dan TAQWA.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ  

﴿آل عمران: ١٠٢﴾

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

(Ali ‘Imran : 102)

Juga mau’izah ( penasihat dan pengajaran ), syifa’ ( penawar dan penyembuh ), hidayah ( petunjuk ) serta rahmah ( sentuhan kasih sayang ) dari Allah ta’ala melalui kitab suciNya, Al Quran.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ  ﴿يونس: ٥٧﴾ 

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.

(Yunus : 57)

Rawatan di Bulan Ramadhan

Allah ta’ala menyediakan di dalam ramadhan  as siyam ( الصيام ), yang terkandung di dalamnya  rawatan kepada jiwa mukmin, menjadi perisai menahan kerosakan dan menjana taqwa untuk menegakkan ketaatan.

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿البقرة: ١٨٣﴾

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

(Al Baqarah : 183)

Juga, Al Quran sebagai sumber syifa’ ( rawatan ) kepada segala penyakit syubhat dan syahwat.

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ  ﴿البقرة: ١٨٥﴾

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

(Al Baqarah : 185)

Pendekatan rawatan Ramadhan

1. Taqwa

Menjunjung seluruh perintah Allah, yang wajib mahu pun yang sunat, zahir mahu pun yang batin.

Meninggalkan dan menjauhi segala larangan, yang haram mahu pun yang makruh, zahir mahu pun batin.

2. Allah ta’ala menggandakan balasan pahala untuk segala amal ibadah dan membuka seluas-luasnya pintu-pintu keampunan dosa. Syaitan diiikat untuk memudahkan hamba-hambaNya lebih mudah beribadah.

إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة، وغلقت أبواب النار، وصفدت الشياطين( رواه البخاري ومسلم )

” Apabila datang Ramdhan, dibuka semua pintu syurga, ditutup semua pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.

(HR Bukhari, Muslim)

3. Allah ta’ala menyediakan amal ibadah khusus seperti puasa, tilawah Al Quran, solat tarawih dan sedekah memberi makanan.

من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه ( رواه البخاري ومسلم )

Barangsiapa yang berpuasa kerana iman dan mengharap pahala, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.

من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه (  رواه البخاري ومسلم  )

Barangsiapa mendirikan Ramadlan (dengan ibadah) kerana iman dan mengharap pahala, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.

كان النبي صلى الله عليه وسلم أجود الناس وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه وكان يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ من رَمَضَانَ جبريل فيدارسه القرآن. ( رواه البخاري ومسلم )

Bahawasanya Rasulullah ‎ﷺ  adalah manusia yang paling dermawanterutama pada bulan Ramadlan ketika malaikat Jibril ‘Alaihis Salam menemuinya, dan adalah Jibril ‘Alaihis Salam mendatanginya setiap malam di bulan Ramadlan, dimana Jibril    mengajarkan ( saling bertadarus) Al Qur’an. 

(HR Bukhari, Muslim)

4. Allah ta’ala menyediakan Lailatul Qadar sebagai malam paling istimewa di sepanjang tahun bagi tujuan ibadah dan maghfirah.

 إن هذا الشهر قد حضركم، وفيه ليلة خير من ألف شهر، من حُرمها فقد حرم الخير كلٌُه، ولا يُحرم خيرها إلا محروم ( رواه ابن ماجه )

“Sesungguhnya bulan ini telah hadir kepada kalian. Di bulan ini ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa ditegahkan darinya, maka dia telah ditegahkan kebaikan semuanya. Dan tidak ditegahkan kebaikannya kecuali bagi yang terhalang dari kebaikan. ”

(HR Ibnu Majah, 1634)

5. Allah ta’ala menjanjikan senarai ‘utaqa ( العتقاء ) iaitu golongan yang dilepaskan dari nerakaNya.

ولله عتقاء من النار وذلك في كل ليلة (رواه ابن ماجه)

“Sesungguhnya Allah membebaskan beberapa orang dari neraka saat buka puasa, dan itu terjadi setiap malam. ”

(HR Ibnu Majah, 1633)

6. Membaca, tadabbur dan tazakkur Al Quran untuk mendapat pelajaran, panduan dan peringatan serta keberkatannya.

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ  ﴿ص: ٢٩﴾

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.

(Shaad : 29)

Ibnu Rajab Al Hanbali berkata,

”Allah mencela orang-orang yang membaca Al Qur`an tanpa memahami (mentadaburi) maknanya. Allah ta’ala berfirman: 

(  وَمِنْهُمْ أُمِّيُّوْنَ لاَيَعْلَمُوْنَ الْكِتَابَ إِلاَّ أَمَانِيَّ ) 

“Dan di antara mereka ada yang buta huruf tidak mengetahui Al Kitab (At Taurat), tiadalah mereka mengetahui Al Kitab itu kecuali hanya (sebagai) dongengan belaka.” (Al Baqarah: 78). iaitu dalam membacanya tanpa memahami maknanya. Tujuan diturunkannya Al Qur`an adalah untuk difahami maknanya dan untuk diamalkan, bukan hanya sekadar untuk dibaca.”

Kemuncak kejayaan dan keselamatan.

1. Hati yang sejahtera ( القلب السليم )

 يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ ﴿٨٨﴾ إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ ﴿٨٩﴾ ﴿الشعراء: ٨٨-٨٩﴾

“Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, “Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

(As Syu’ara : 88-89)

2. Jiwa yang tenang tenteram ( النفس المطمئنة )

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾   ﴿الفجر: ٢٧-٣٠﴾

 

 

Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas( redha ) lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku 

(Al-Fajr : 27-30)

3. Kedudukan muttaqin ( مقام الممتقين )

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ ﴿آل عمران: ١٣٣﴾

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

(Ali ‘Imran : 133)

4. Selamat dari neraka dan dimasukkan ke syurga.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ ﴿آل عمران: ١٨٥﴾

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

(Ali ‘Imran : 185)

ABi

Kami Sangat Hargai Sokongan Anda