TAHU, FAHAM, SEDAR, YAKINI: Antara REALITI dan SOLUSI

Sebenarnya manusia ramai yang tidak tahu. Samaada memang benar-benar tidak tahu atau jahil kerana tidak mahu atau tidak peduli untuk tahu. Ini menyebabkan mereka cuai dan berpaling ingkar.

Ramai manusia cuai terhadap agama Allah ta’ala. Walau pun ianya adalah agama bagi fithrah manusia.

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ﴿الروم: ٣٠﴾

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui, (30) 

(Ar Rum: 30)

Ramai juga manusia menyangka tahu tentang Allah ta’ala. Namun hakikatnya mereka jahil tentangNya.

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ﴿لقمان: ٢٥﴾

Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Katakanlah: “Segala puji bagi Allah”; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. (25) 

(Luqman: 25)

Allan ta’ala mengutuskan Rasulullah sallallahu  ‘alaihi wa  sallam untuk kebaikan manusia keseluruhannya. Namun ramai manusia tidak tahu.

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ﴿سبإ: ٢٨﴾

Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui. (28)

(Saba’: 28)

Manusia sering mengatakan rezeki itu dari Allah ta’ala. Namun, mereka sendiri tidak bersyukur berpunca dari kejahilan mereka sendiri.

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ وَيَقْدِرُ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ﴿سبإ: ٣٦﴾

Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan (bagi siapa yang dikehendaki-Nya). akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. (36)

Manusia sering menyandarkan kebaikan pada dirinya sendiri. Tanpa menyandarkannya sebagai nikmat kurniaan Allah ta’ala.  Itulah sebesar-besar kejahilan.

فَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً مِّنَّا قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ﴿الزمر: ٤٩﴾

Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: “Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku”. Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui. (49) 

(Az Zumar: 49)

Ramai manusia menyangka mereka tentang dunia dan akhirat. Namun cara hidup mereka menggambarkan keraguan dan kelekaan mereka terhadap hakikat kehidupan yang sebenar.

قُلِ اللَّهُ يُحْيِيكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يَجْمَعُكُمْ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا رَيْبَ فِيهِ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

﴿الجاثية: ٢٦﴾

Katakanlah: “Allah-lah yang menghidupkan kamu kemudian mematikan kamu, setelah itu mengumpulkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan padanya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (26) 

(Al Jatsiyah: 26)

Manusia yang mendakwa tahu pun, tidak ramai yang benar faham. Bahkan, ‘sekadar tahu di permukaan’. Mereka tidak menggunakan aqal sepenuhnya untuk faham.

بَلْ كَانُوا لَا يَفْقَهُونَ إِلَّا قَلِيلًا﴿الفتح: ١٥﴾

Bahkan mereka tidak mengerti melainkan sedikit sekali. (15)

(Al Fath: 15)

Ramai tahu tentang solat. Tapi bila dipanggil untuk solat, mereka tidak menyahut seruan solat.

وَإِذَا نَادَيْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ اتَّخَذُوهَا هُزُوًا وَلَعِبًا ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَعْقِلُونَ﴿المائدة: ٥٨﴾

Dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) sembahyang, mereka menjadikannya buah ejekan dan permainan.

Yang demikian itu adalah karena mereka benar-benar kaum yang tidak mau mempergunakan akal. (58)

(Al Maidah: 58)

Kalau faham pun, tidak ramai yang sedar.

هَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَن تَأْتِيَهُم بَغْتَةً وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ﴿الزخرف: ٦٦﴾

Mereka tidak menunggu kecuali kedatangan hari kiamat kepada mereka dengan tiba-tiba sedang mereka tidak menyadarinya. (66) 

(Az Zukhruf: 66)

Maka, tidak hairanlah ramai yang tidak beramal. Atau tidak  berubah ke arah yang lebih baik. Hanya bercakap dan mengulas tentang hal orang lain.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ﴿الصف: ٢﴾

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (2) 

(As Sof: 2)

Sebabnya, lebih ramai yang tidak yakin dan percaya dengan sepenuh hatinya.

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَىٰ حَرْفٍ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انقَلَبَ عَلَىٰ وَجْهِهِ خَسِرَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةَ ذَٰلِكَ هُوَالْخُسْرَانُ الْمُبِينُ﴿الحج: ١١﴾

Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi; maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang. Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata. (11)

(Al Hajj: 11)

Jika ada yang beramal pun tidak dengan keikhlasan. Kerana keikhlasan itu banyak perosak dan pembinasanya. Tidak ramai yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengikhlaskan amalannya. Banyak amalan dan kebaikan diperagakan untuk dipuji manusia.

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا﴿النساء: ١٤٢﴾

Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali. (142)

(An Nisa’ : 142)

فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ ‎﴿٤﴾‏ الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ ‎﴿٥﴾‏ الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ ‎﴿٦﴾‏ 

الماعون:{ ٤٦﴾

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, (4) (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya, (5) orang-orang yang berbuat riya, (6) 

(Al Ma’un: 4-6)

Tambahlah lagi, ikhlas itu rahsia Allah ta’ala. Hanya Dia yang tahu hati manusia mana yang ikhlas keranaNya dalam beramal.

وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا فِي قُلُوبِكُمْ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَلِيمًا ‎﴿الأحزاب: ٥١﴾

 

Allah mengetahui apa yang (tersimpan) dalam hatimu. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun. (51)

(Al Ahzab: 51)

وَهُوَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَفِي الْأَرْضِ ۖ يَعْلَمُ سِرَّكُمْ وَجَهْرَكُمْ وَيَعْلَمُ مَا تَكْسِبُونَ ‎﴿٣﴾

Dan Dialah Allah (yang disembah), baik di langit maupun di bumi; Dia mengetahui apa yang kamu rahasiakan dan apa yang kamu lahirkan dan mengetahui (pula) apa yang kamu usahakan. (3) 

(Al Ahzab : 51)

قال ابن عساكر: سمعت ذو النون المصري يقول: كل الرجال يموتون إلا العلماء ، والعلماء ينامون جميعًا إلا العمال ، والعاملينكلهم ​​مخدوعون إلا الصادقون ، والصادقون في خطر عظيم.

Kata Ibn Asakir: Saya mendengar Dhu al-Nun al-Misri berkata:

“Semua manusia mati kecuali orang yang berilmu, dan orang yang berilmu itu semuanya tidur kecuali orang yang beramal, dan orang yang beramal itu semuanya tertipu kecuali yang ikhlas, dan yang ikhlas berada dalam bahaya yang besar.”

Justeru, ketahuilah, fahamilah, sedarilah dan yakin percayalah bahawa hidupmu itu selagi mana masih di dunia, ianya adalah untuk diuji keikhlasanmu. Allah ta’ala yang mengujimu. Maka, seriuslah dalam menghadapi UJIAN yang serius ini.

ABi

Kami Sangat Hargai Sokongan Anda